Monday 29 June 2015

UCAPLAH.." SAYA SAYANG IBU ", SELAGI PELUANG MASIH ADA

Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Firman ALLAH SWT bermaksud : "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain ALLAH, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'ah' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Isra : Ayat 23).

Wahai anak..Hargailah ibumu. Ambillah kesempatan yang ada dengan berbakti kepadanya. Pada ibumu, ada redha. Pada ibumu, ada makbulnya doa. Pada ibumu, ada syurga yang kita pinta. Pada ibumu, ada kasih sayang setulus jiwa. Tak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian ibu. Tak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan ibu.

Wahai anak..Tataplah wajah ibumu, kerana ia mengundang pahala dan kebaikan buatmu. Ciumlah tangannya, kerana tangan itulah yang membelaimu hingga dewasa. Dakaplah ibumu, kerana tubuh itulah yang sentiasa ada disisimu saat suka dan duka. Hormati dan sayangilah dia, kerana berkat doa-doanyalah hidupmu sentiasa dirahmati.

Wahai anak..Jika kau tak mampu membanggakan ibumu, janganlah engkau memalukannya pula. Jika kau tak mampu membuat ibu tertawa, janganlah pula kau buat ia menangis. Jika kau tak mampu membuatnya gembira, janganlah pula kau menyakiti hatinya.. Sedarlah bahawa di dunia ini tidak ada seorang pun yang rela mati demi ibu, tetapi beliau satu-satunya yang rela mati untuk melahirkan kita.....

Wahai anak..Ucaplah "Saya sayang ibu", selagi peluang masih ada..

No comments:

Post a Comment