KUALA LUMPUR – Isu kontroversi pakaian seorang atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi yang teruk dikritik ramai netizen ekoran memuat naik gambar seksi dirinya mendapat perhatian tuan empunya badan itu.
Dalam jawapan balas menerusi laman sosial Twitter milik beliau, @farahannhadi membidas pengguna laman maya terbabit sebagai sekadar bertaraf tin-tin kosong yang hanya tahu membuat bunyi bising lebih sahaja.
“Empty cans make the most noise,” kicau wanita berusia 21 tahun tersebut secara ringkas dalam Twitter dirinya yang dikemas kini sejak Jumaat dan sehingga kini mesej berkenaan sudah pun diulang kicau hampir 1,000 kali.
No comments:
Post a Comment