5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Makan Malam Agar Tidak Gemuk
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau berdiet, mereka akan mengelak dari makan malam.
Tapi sebenarnya makan malam tidak menjadi masalah. Apa yang penting ialah anda perlu tumpukan pada kalori yang mungkin akan menjadi lemak akibat daripada makan malam anda.
Jadi, untuk mengelakkan terjadinya lemak akibat daripada makan malam yang anda ambil, ikuti tips mudah ini!
Jalan-jalan
Melakukan sukan ringan seperti jalan kaki merupakan aktiviti yang sangat baik membantu membakar lemak dengan perlahan dan menghilangkan rasa penuh di perut.
Mendengar muzik dan bergoyang
Tidak ada salahnya menggoyangkan badan sambil mendengar muzik. Anda juga boleh ikut menyanyi kerana menyanyi pun boleh membakar lemak. Menggabungkan mendengar muzik sambil berjalan juga sangat baik.
Berbual bersama teman
Jika anda tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan, berbual juga boleh membuat tubuh menghalang pembentukan lemak. Jangan terus tidur setelah makan. Berbual juga boleh melepas tekanan dan menjadikan otak anda tetap aktif.
Mencuci pinggan
Tentu saja anda perlu membersihkan dapur selepas makan malam, misalnya mencuci pinggan mangkuk dan peralatan dapur. Mengelap meja dapur dan meja makan juga boleh jadi cara mudah membakar kalori.
Meditasi
Salah satu cara terbaik mengelakkan tidur selepas makan malam adalah dengan meditasi. Cuaca malam yang sejuk dan boleh membuat anda rileks. Lakukan paling tidak 15 minit sebelum tidur untuk mencegah pembentukan lemak.
Lagi satu, elakkan dari melakukan aktiviti berat selepas makan malam jika tidak mahu perut anda rasa sakit. Lakukan aktiviti ringan tetapi dalam masa yang lama selepas makan malam.
No comments:
Post a Comment