Kecewa kutipan tol PLUS dilanjutkan sehingga 2038
BY: IKHWAN HAZWANDalam jawapan bertulis, Kementerian Kerja Raya menjelaskan berdasarkan perjanjian konsesi asal, konsesi Lebuhraya PLUS (termasuk di Lebuhraya Persekutuan 2) sepatutnya akan tamat pada tahun 2018. - Foto BernamaKUALA LUMPUR, 11 Jun:Keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan lanjutan kutipan tol selama 20 tahun lagi di Plaza Tol Batu 3 dan Sungai Rasau yang sepatutnya berakhir pada tahun 2018 tetapi dilanjutkan sehingga tahun 2038, amat cukup dikesali.Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata beliau terkejut dan kecewa atas jawapan lisan yang diberikan oleh Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat berhubung dengan tempoh pembayaran kutipan tol di lebuh raya Utara-Selatan (PLUS).Menurut beliau, lanjutan kutipan tol itu juga merangkumi Lebuhraya PLUS dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor Bahru yang mana melalui penstrukturan semula yang dinyatakan pada tahun 2011 kini dilanjutkan sehingga tahun 2038.“Jadi ia bermakna kesemua pengguna lebuhraya terpaksa membayar tol selama 20 tahun lagi dan ia amat tidak adil kepada rakyat kerana mereka terpaksa membayar tol atas kesilapan Kerajaan Persekutuan dalam menandatangani perjanjian konsesi tol yang jelas berat sebelah memberi keuntungan kepada syarikat konsesi tol PLUS,” katanya dalam kenyataan di sini.Dalam jawapan bertulis tersebut, Kementerian Kerja Raya menjelaskan berdasarkan perjanjian konsesi asal, konsesi Lebuhraya PLUS (termasuk di Lebuhraya Persekutuan 2) sepatutnya akan tamat pada tahun 2018.Bagaimanapun berikutan usaha mengurangkan kesan kenaikan tol kepada orang awam, kerajaan telah beberapa kali menstrukturkan semula kadar tol PLUS, iaitu pada tahun 1999, 2002 dan 2011.Di bawah penstrukturan PLUS yang terkini iaitu pada tahun 2011, semua konsesi tol lebuh raya di bawah syarikat PLUS Malaysia Berhad telah diselaraskan di mana ia akan berakhir pada 31 Disember 2038.Penstrukturan semula itu dibuat untuk memastikan kadar tol yang lebih rendah dapat dinikmati oleh pengguna berbanding kadar tol mengikut perjanjian asal.Sebagai contoh, mengikut perjanjian konsesi asal PLUS, kadar tol yang dikenakan di Plaza Tol Batu Tiga untuk tahun 2015 sepatutnya ialah RM2.40 berbanding kadar semasa RM1.10, iaitu kekal sejak dari tahun 2005 lagi.Kerajaan daripada semasa ke semasa sentiasa berundng dengan syarikat-syarikat konsesi bagi memastikan kadar tol yang dikenakan kepada pengguna tidak membebankan pengguna.Rundingan tersebut dibuat berasaskan ‘case by case basis’.Oleh itu sebarang cadangan untuk mengurangkan atau menstrukturkan semula kadar tol termasuk pemberian tempoh lanjutan konsesi tol memerlukan persetujuan kedua-dua pihak, iaitu kerajaan dan juga syarikat konsesi.Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/11/kecewa-kutipan-tol-plus-dilanjutkan-sehingga-2038/#ixzz3ckIXqp38
No comments:
Post a Comment