Friday, 12 June 2015

Kenaikan tol masih belum dimuktamad - Najib 

Kenaikan tol masih belum dimuktamad - NajibNajib bagaimanapun kesal dengan kebocoran maklumat di media sosial berhubung kenaikan kadar tol dipercayai didalangi orang dalam. - Gambar Fail 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kenaikan kadar tol sepertimana yang didakwa masih belum dimuktamadkan.

Jelasnya, perkara tersebut hanya akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet beberapa minggu akan datang.

Najib bagaimanapun kesal dengan kebocoran maklumat di media sosial berhubung kenaikan kadar tol dipercayai didalangi orang dalam.

"Malangnya, ada kebocoran maklumat dan ia menjadi hangat di media sosial. Jadi, seseorang telah mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC pada Jumaat.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi satu kenyataan memaklumkan, kerajaan masih berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubung perkara itu.

Beberapa perkara diperinci termasuk implikasi kenaikan kadar tol berkenaan kepada pengguna lebuh raya.

Laporan media pada Jumaat mendakwa, kadar tol 16 lebih raya utama di seluruh negara dijangka naik antara 20 sen hingga seringgit pada Ogos ini, jika ia mendapat kelulusan Kabinet. 
 
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

No comments:

Post a Comment