Friday, 6 November 2015

BERITA  |  MALAYSIA

Terserah kepada polis untuk tahan saya - Tun Mahathir

Terserah kepada polis untuk tahan saya - Tun Mahathir
Siasatan dipercayai dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan melibatkan fitnah. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan kepada pihak polis sekiranya mereka mahu menahan beliau.

Perkara ini dinyatakannya selepas beliau diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi tadi.

"Mereka bertanyakan soalan dan saya tidak jawab dan saya tidak tahu apakah sebab saya disiasat dan saya serah kepada mereka. saya juga menyerahkan segala keputusan kepada mereka sekiranya mereka menahan saya," katanya ketika ditemui media.

No comments:

Post a Comment