BANGI, 22 Nov – Pusat Penyelidikan Hak Asasi Manusia dan Advokasi (CENTHRA), Gabungan Peguam-Peguam Isma (iPeguam) dan Professional Muda (YP) meluahkan perasaan terkejut, marah dan terganggu mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang menyebut negara itu patut menghormati hak Lesbina, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) sebagai satu hak asasi.
Menurut mereka, kenyataan ini jelas satu penghinaan terhadap status Malaysia dan negara-negara lain di kawasan Asia Tenggara yang mempunyai nilai-nilai sendiri berlandaskan budaya dan agama masing-masing.
“Kami percaya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah dibuat secara sedar, membuatkan ia lebih keji dan menjijikkan. Kenyataan beliau, tidak kira apa konteks sekalipun adalah menyinggung dan tidak sensitif terhadap ciri-ciri asas negara ini.
“Asas bagi undang-undang adalah syariah, berdasarkan Islam bagi umat Islam dan ajaran pelbagai agama bukan Islam seperti Kristian, Buddha dan Hindu bagi orang bukan Islam. Seterusnya, Islam adalah unsur asas kewujudan Malaysia, seperti Perkara 3 (1) Perlembagaan jelaskan. Ajaran Islam serta agama yang lainnya yang diamalkan dalam Malaysia jelas melarang mana-mana tanggapan hubungan seks sama jantina, apatah lagi perkahwinan,” kata mereka memetik laporan ismaweb.net
Mereka sekaligus menggesa Obama tarik balik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.
Obama sebelum ini membuat kenyataan tersebut apabila ditanya oleh seorang pemuda gay dari Thailand, Dara, di majlis US Young Southeast Asian Leaders (YSEALI) di Kuala Lumpur. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )
Facebook (2 comments)
Sedang Hangat
Tikam Bapa Dua Kali di Leher Kerana Tak Restui Hubungan Sejenis
22 November 2015552 SHARES