Tuesday 17 November 2015

Surat saman itu disampaikan semalam dan menuntut penarikan balik dan permohonan maaf daripada Pengarah NOW, Akmal Nasir sebelum esok.

"Tuan hendaklah menarik balik semua kenyataan-kenyatan fitnah yang dikeluarkan kepada anak guam kami, memohon maaf serta berakujanji tidak akan mengulangi atau mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah ke atas anak guam kami,” petik surat tuntutan itu.
Akmal juga telah diminta untuk membayar RM10 juta sebagai ganti rugi.
Bagaimanapun, Akmal berkata, dakwaannya terhadap Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan menteri berkenaan adalah berdasarkan fakta.
Oleh itu, beliau tidak melihat keperluan untuk memohon maaf.
"Ini terutamanya kerana tiada pihak yang tampil menyangkal dakwaan saya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya yakin bahawa saya tidak salah mendedahkan kebenaran dalam usaha menyelamatkan dana YaPEIM," tambah beliau.
Akmal juga percaya bahawa saman itu hanya bertujuan mengalihkan perhatian daripada Jamil Khir yang bertanggungjawab untuk menjawab isu yang dibangkitkannya.
Menurutnya, jika dakwaan beliau sememangnya tidak berasas, maka adalah lebih baik sekiranya menteri itu dapat menerangkannya secara terbuka dan dengan fakta yang kukuh.
"Jika beliau memutuskan rancangan untuk menyaman saya, beliau bukan sahaja berdepan dengan saya tetapi perlu menghadapi 588,930 penyumbang YaPEIM," katanya.

No comments:

Post a Comment