BERITA
NOW READING
Penjelasan Izzah isu pertemuan dengan anak Sultan Sulu
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengaku berjumpa dengan Jacel Kiram, anak perempuan Allahyarham Jamalul Kiram III, tetapi berikrar menyokong mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Nurul Izzah berkata beliau berada di Filipina pada 9 November lalu bersama Ahli Parlimen Batu Tian Chua, sebagai sebahagian daripada delegasi PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan di sana.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media merujuk kepada tuntutan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Azizah Mohd Dun supaya beliau memohon maaf kerana memuat-naikkan posting di Facebook yang memaparkan gambarnya makan bersama Jacel.

Bapa Jacel mengisytiharkan diri sendiri sebagai Sultan Sulu yang mempunyai kedaulatan di tanah Sabah yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan ke atas negeri itu pada 2013.
Gambar itu dikatakan dimuat naik oleh Nurul dan Jacel pada 9 November.
Izzah Puteri Sultan Sulu jacel
Nurul Izzah dan Jacel Kiram – Grafik Free Malaysia Today
Semakan terkini bagaimanapun mendapati status itu tidak lagi wujud lapor Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata bahawa dia diraikan anjurkan oleh Majlis Hal Ehwal Filipina dan Asian Institute for Democracy, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.
“Mereka (yang) menentukan senarai pemimpin yang kami temui,” katanya.
Antara mereka, kata beliau, adalah calon yang bertanding jawatan Naib Presiden Jejomar Binay dan ramai lagi pemimpin masyarakat sivil.
Menurut Nurul Izzah, beliau juga menegaskan sokongan partinya berhubung inisiatif kerajaan Malaysia di selatan Filipina.
“Saya ingin tegaskan sokongan saya dalam mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
“Apa-apa cadangan sebaliknya adalah tuduhan liar semata-mata yang tidak berasas dan berniat jahat,” katanya.
Selain Jacel, hadir pada pertemuan itu adalah bekas gabenor dan ahli kongres Batangas Hermilando Mandanas, ahli kongres Regina Reyes dan Silvestre Bello, Dekan Undang-undang, Amading Valdez, bekas ahli kabinet Romy Nery dan bekas Setiausaha Kehakiman Wencie Andanar serta ahli kakitangan naib presiden Filipina dan Datuk Bandar Manila.

NOW YOU KNOW DONT SAY THANK - COMMENT & SHARE
WHAT'S YOUR REACTION?
GOOD
0%
COOL
0%
SAD
0%
LOL
0%
BANGANG
0%
ABOUT THE AUTHOR
Arianna
Arianna Adalah Pengurus Media Di Malaysia Stylo Dotcom News Entertainment Shop Portal - Contributor Majalah Review Malaysia - Indonesia.