Thursday 19 November 2015


Laporan serangan pengganas tidak sah

Oleh Fardy Bungga 
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan laporan kemungkinan ada serangan pengganas di negara ini sebagai tidak sah, bagaimanapun polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mempertingkatkan kawalan dan bersedia dari semasa ke semasa untuk menghadapi sebarang ancaman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, polis kini memperhebatkan aspek keselamatan di negara ini untuk persidangan ASEAN yang berlangsung di Ibu negara ketika ini.
Menurutnya, ini termasuk kawalan di semua pintu keluar dan masuk ke negara ini untuk keselamatan rakyat dan tetamu yang datang sempena persidangan berkenaan.
"Seperti yang diumumkan oleh Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Moh Zin, anggota tentera juga dikerahkan untuk membantu polis dalam usaha memaksimumkan keselamatan sepanjang Persidangan ASEAN berlangsung.
"Keganasan dan ektremism tidak mempunyai tempat di negara ini dan kita tidak akan berhenti memburu ataupun berlembut dengan mana-mana pihak yang mahu mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara," tegasnya.
Artikel ini disiarkan pada : 
Khamis, 19 November 2015 @ 11:36 PM 

MUTAKHIR MY METRO

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94298?m=1#sthash.SUmOjfTp.dpuf

No comments:

Post a Comment