Thursday 19 November 2015

Kerajaan DAP P. Pinang pecat 300 ahli Pas

PULAU PINANG 18 Nov. - Kerajaan DAP Pulau Pinang menegaskan tidak memerlukan khidmat ahli Pas yang tidak menyokong pembangkang baharu di negeri ini.
Lim Guan Eng
Sehubungan itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, seramai 300 ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri ini telah dipecat.
“Jadi tidak timbul soal meletak jawatan seperti didakwa ahli Pas di Kepala Batas malam tadi kerana mereka sebaliknya sudah dipecat,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Semalam, Yang Dipertua Pas Ka­wasan Kepala Batas, Bukhori Gha­zali menjelaskan pihaknya membuat keputusan menarik diri daripada JKKK kawasan itu berkuat kuasa serta-merta.
Menurut beliau, ke­putusan itu dibuat selepas mengambil kira senario politik semasa di negeri inu yang menyaksikan Pas negeri telah memutuskan hubungan dengan kerajaan DAP pimpinan Guan Eng.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, surat pemecatan berkenaan telah diserahkan pada 15 Oktober lalu kepada ahli Pas 'tegar' yang enggan menyokong pembangkang baharu.
Katanya, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan mereka yang ber­khidmat dalam pen­tadbiran kerajaan negeri mempunyai matlamat dan berkongsi panda­ngan sama dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang.
“Kita telah me­ngenal pasti ahli Pas yang pegang jawatan dalam JKKK sama ada mereka sokong Pas atau pembangkang baharu.
“Selepas itu kita menghantar surat pemecatan dan ini merupakan proses biasa,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Katanya, semua ahli Pas yang dipecat sebum ini berkhidmat dalam JKKK di Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/kerajaan-dap-p-pinang-pecat-300-ahli-pas-1.160034#sthash.lWXukiIS.dpuf

No comments:

Post a Comment