Penari gelek dipenjara
Kaherah: Semua mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang penari gelek Armenia atas tuduhan menghina bendera Mesir ketika satu persembahan tahun lalu.
Pegawai kehakiman berkata, penari berkenaan, Safinaz, juga didenda 15,000 paun Mesir (RM7,000).
Bagaimanapun, dia dibebaskan sementara menunggu rayuan.
Safinaz dibicarakan kerana memakai kostum menyerupai bendera Mesir ketika membuat persembahan tarian gelek di Ain Sokhna, bandar perangunan Laut Merah.
Menurut laporan, wanita Armenia itu terkenal sejak tiba di Mesir dua tahun lalu kerana tarian gelek berahinya dalam beberapa filem dan majlis perkahwinan berprofil tinggi. - AFP
Selasa, 21 April 2015 @ 7:37 AM
No comments:
Post a Comment