Monday 23 November 2015

Wanita Muslim Australia derma AUS$1 bagi setiap tweet kebencian
Seorang wanita Islam Australia Susan Carland (kanan) telah menderma hampir AUS$1,000 (RM3133.58) kepada badan amal setelah menerima tweet berbaur kebencian. Gambar: Photo: Twitter/Susan Carland
Seorang wanita Islam Australia telah menderma hampir AUS$1,000 (RM3,134) kepada badan amal selepas berikrar untuk memberi AUS$1 (RM3.13) setiap kali dia menerima mesej berbaur kebencian di Twitter.

Susan Carland, yang mengajar di Universiti Monash di Melbourne, kongsi  tweet pada 22 Oktober bahawa dia telah menderma kepada UNICEF untuk setiap komen jahat atau troll yang diterimanya.

"Sumbangan menghampiri AUS$1,000. (Untuk) kanak-kanak yang memerlukan… terima kasih, haters!" katanya pada masa itu.

Carland berkata sebelum ini dia telah menyekat komunikasi bersama haters, iaitu istilah biasa yang merujuk kepada kelompok orang yang membenci, khususnya dalam media sosial.

Namun beberapa bulan lalu, Carland memutuskan untuk menegndalikan situasi berkenaan dengan membuat sesuatu yang berlandaskan ajaran agama.

"Saya rasa saya perlu aktif melakukan perkara baik di dunia untuk setiap mesej kebencian yang saya terima,” tulis beliau dalam Fairfax Media pada Jumaat.
Carland berkata antara mesej yang diterimanya adalah mereka inginkan beliau mati, hina pakaian beliau dan tuduh beliau sebagai pejuang jihad.  

No comments:

Post a Comment