Friday, 6 November 2015

Bomoh warga Indonesia mengaku tidak bersalah rogol gadis umur 20 tahun
Hakim Siti Aminah Ghazali tidak meletakkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
KUANTAN: Seorang bomoh warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merogol seorang gadis berumur 20 tahun pada Oktober lalu.

Tertuduh, Mak'mur Johar, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut dua hari berturut-turut iaitu pada 26 Okt di antara pukul 11 malam hingga pukul 12.20 pagi dan 27 Okt lalu di antara pukul 12.15 pagi hingga pukul 1 pagi di sebuah rumah beralamat No 26, Lorong 32, Sungai Isap Perdana.

Mak'mur yang tinggal di Felda Jengka 5, Maran dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Hakim Siti Aminah Ghazali tidak meletakkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Wahidah Zainal Abidin.

No comments:

Post a Comment