KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan yang merancang untuk berehat seketika selepas penat mengulangi kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdepan detik menakutkan dalam hidupnya.
Pelajar itu menyaksikan adegan seorang lelaki dalam keadaan berbogel berkelakuan tidak senonoh di belakang rumahnya yang berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Lelaki tersebut dikejutkan oleh jeritan ibu pelajar perempuan itu yang bertindak membuka tingkap di bahagian dapur rumah mereka.
“Saya merasa jijik dan pada masa sama terkejut. Mengapa anda akan melakukan perbuatan itu di tempat awam?,” katanya kepada The Star.
Pelajar perempuan itu memberitahu dia sedang berehat di ruang tamu kira-kira pukul 12.22 pagi Jumaat.
Ibunya yang berada di dapur terdengar bunyi di belakang lorong rumah mereka.
Wanita itu kemudiannya datang ke ruang tamu dan menghidupkan televisyen yang mempunyai akses kepada CCTV.
Kedua-duanya terkejut apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan bogel berada di belakang rumah mereka.
Rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan berbogel keluar dari kawasan semak berhampiran dan berjalan menuju ke tingkap rumah sambil melakukan perbuatan tidak senonoh berkenaan.
Lelaki itu berlari semula ke dalam semak berhampiran sebelum kembali mengintai dari celah tingkap.
“Ibu saya berlari ke dapur dan menjerit ke arahnya. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri,” kata pelajar itu.
Beliau berkata jiran mereka kemudiannya mengenal pasti lelaki itu sebagai seorang penduduk di kawasan itu.
Keluarga itu membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada Sabtu.
“Anggota polis memberitahu kami bahawa individu seperti itu amat berbahaya kerana jika dia boleh berbogel seperti itu, ia menunjukkan dia sudah pada tahap berani. Jika dia ada peluang masuk ke dalam rumah, dia akan melakukannya,” kata pelajar itu.
TOLONG KOMEN & SHARE
POSTED IN
Read more: http://malaysianreview.com/149224/dua-beranak-rakam-aksi-lucah-jiran/#ixzz3qsYJ9Be6
No comments:
Post a Comment