06/13/2015 by Ana Ghoib
Jangan buang masa layan Dr Mahathir rakyat biasa, kata Nazri Aziz
Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia akan merendahkan kedudukannya sebagai perdana menteri, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu berkata, Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin negara selama 22 tahun merupakan seorang warganegara biasa dan tidak mempunyai lokus standi untuk berdebat dengan Najib.
“Bagi saya, ia (berdebat) bukan idea yang baik. Kenapa perdana menteri saya perlu rendahkan kedudukannya dengan berdebat dengan rakyat biasa?
“Jika ada perdebatan, ia sepatutnya antara pemimpin pembangkang dan Najib. Dan platform untuk itu ialah di parlimen,” katanya kepada pemberita di Universiti Malaya hari ini.
Selain itu, ketika ditanya mengenai Najib yang jarang berada di parlimen, Ahli Parlimen Padang Rengas itu mempertahankan bosnya dengan berkata, perdana menteri mempunyai jadual yang sangat sibuk.
Malah, katanya, ada menteri lain yang boleh memberikan jawapan bagi pihak Najib pada sidang parlimen Ogos depan.
“Tidak masuk akal apabila Najib perlu membalas dakwaan seorang individu. Sebagai perdana menteri, banyak perkara lain yang Najib perlu lakukan. Saya tidak mahu dia membuang masa,” kata Nazri lagi. – Malaysiakini
Baca: Khairuddin ingatkan Nazri Aziz jangan lupa Tun M.
Plunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard ★ Now you know don’t say thank
User Online
User Online
No comments:
Post a Comment