Mandi, makan, tidur atas papan lapis
March 22, 2014
RANTAU PANJANG – Seorang wanita di Taman Lati, Kepas Apam memohon pihak berkenaan dapat meluluskan permohonan anak sulungnya berpindah tempat kerja ke Kelantan dengan segera.
Hasmah Ismail, 53, berkata, ketiadaan anak sulung menyebabkan dia terpaksa meletakkan suaminya, Mohd Shiuti Daud, 61, di atas papan lapis.
Mohd Shiuti yang juga bekas pesara tentera Kem Komandi Sungai Udang, Melaka mengalami penyakit misteri sejak Julai tahun lalu menyebabkannya lumpuh dari pinggang hingga ke kaki.
“Sebelum ini, saya terpaksa mengheret suami menggunakan tikar getah namun mujurlah ada penduduk prihatin dan membuat katil bergerak menggunakan papan lapis.
“Disebabkan saya tidak mampu mengusungnya, maka semua tugas termasuklah mandi, makan dan tidur dilakukan di atas papan lapis tersebut,” katanya, sebak.
Hasmah berkata, disebabkan tiga lagi anaknya, menuntut di universiti luar Kelantan manakala anak yang bongsu masih lagi belajar di sekolah menengah dekat sini, maka dia tidak sanggup membebankan mereka dengan tugas terbabit.
Sebelum ini Hasmah berkata, anak sulungnya yang bekerja di Klinik Kesihatan Sabak Bernam, Selangor pernah membuat permohonan pertukaran tempat kerja ke Kelantan, kerana mahu menjaga bapa yang sakit.
“Namun permohonannya itu ditolak atas sebab-sebab tertentu maka saya memohon agar pihak terbabit sedia mempertimbangkan semula permohonan anak saya, ekoran kesulitan yang dihadapi ini.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana pihak Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan sentiasa turun padang dan melawat keadaan suami,” katanya.

No comments:
Post a Comment