Anda di sini: Laman Utama | Sukan »
Kami tidak akan lupa kekalahan ini - Iniesta
Astro Arena | Kemas kini: Jun 14, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 14, 2014 20:28 MYT)

Andres Iniesta - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Dendam di final 2010 bagaikan dilunaskan dengan geramnya apabila Belanda menewaskan Sepanyol 5-1 dalam aksi pembukaan kumpulan B, Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.
Jaringan penalti Xabi Alonso masih tidak cukup untuk mengekang "kegilaan" Belanda dengan membalas satu demi satu jaringan.
Oleh itu, hero sepanyol empat tahun lalu, Andres Iniesta menegaskan dia dan rakan sepasukannya tidak akan melupakan kekalahan awal pagi tadi, dan cuba mengambil iktibar dengan mengenai perlawanan tersebut.
"Kami mesti menang baki dua perlawanan ini, walaupun ia menjadi tugas sukar. Kami bersedia untuk apa sahaja yang akan datang. Kami akan melakukan tugas-tugas kami, tetapi kami tidak akan lupa tentang perkara ini. "
"Inilah sukan. Kami perlu menerima kekalahan. Mereka beraksi lebih baik daripada kami pada separuh masa kedua. Kami mesti mengakui mereka lebih baik. Ia adalah satu masa yang genting untuk kita, tetapi kita perlu menyelesaikannya," kata Iniesta.
Bagi rata-rata peminat bola sepak berpendapat, seluruh pasukan yang bertanding di Piala Dunia sudah mengenali corak permainan "Tiki Taka" Sepanyol sekaligus memudahkan untuk mereka mencongak taktikal masing-masing.
Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my
BERITA BERKAITAN
- 'Ulat tiket' Piala Dunia ditahan polis, cuba jual tiket harga dua kali ganda
- Pekerja keretapi bawah tanah mogok seminggu sebelum Piala Dunia
- M'sia kalah kali ketiga pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014
- Bomoh 'Syaitan Hari Rabu' ramal Ronaldo terlepas aksi Piala Dunia
- Hoki Piala Dunia 2014: Malaysia dibelasah Belgium, kekal tercorot




No comments:
Post a Comment