Friday 1 January 2016

SELESAI menghadiri pesta Tahun Baru, beberapa warga Australia dikejutkan dengan bil perkhidmatan pengangkutan awam persendirian Uber yang begitu tinggi.

Ini kerana perkhidmatan Uber akan menaikkan kadar berdasarkan permintaan untuk perkhidmatan ketika waktu puncak, lapor portal beritanews.com.au.

Seorang lelaki daripada Perth menggunakan UberX untuk ke sebuah hotel dengan jarak 20km.

Menurut Kris Keen, tambang untuk perjalanan 30 minit biasanya AU$37.31 (RM117.24) tetapi semalam, beliau dicaj AU$332.06 (RM1043.48) iaitu 8.9 kali ganda lebih mahal.

“Saya tidak menyangka akan dicaj sebegitu. Kawan saya yang menggunakan perkhidmatan lebih awal daripada saya dicaj lebih kurang dua kali ganda (daripada caj biasa).

“Saya tidak kisah untuk membayar kadar waktu puncak oleh kerana saya faham ia malam Tahun Baru, tetapi 8.9 kali ganda terlalu tinggi,” katanya kepada portal berkenaan, yang mengakui hanya menyedari tentang bil itu setelah menggunakan perkhidmatan itu.

Sementara itu, netizen Australia yang lain turut kongsi pengalaman yang sama.

No comments:

Post a Comment