Wednesday, 13 January 2016



‘Kantoi’ tatu

Agensi
Bangkok: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang mengubah suai senapang angin menjadi senjata berbahaya yang dijual di Internet ditahan selepas polis yang menyiasat aduan pergaduhannya dengan teman wanita berjaya mengenal pasti tatu pada lengannya dari gambar profil Facebooknya.
Alongkorn Roopraman, ditahan bersama 14 senapang angin diubah suai, kira-kira 40 peluru .22 kaliber dan 14 kotak untuk mengepos senjata itu, lewat Khamis.
Polis sudah lama menyiasat peningkatan kes kumpulan remaja yang bergaduh menggunakan senapang buatan sendiri, kata Timbalan Ketua Polis Kanchanaburi Kolonel Chavalit Suksuwan.
Katanya, penyiasat menemui laman Facebook milik pembekal senjata berkenaan yang menggelar dirinya ‘Sua Pung Khote Raham’ dengan wajahnya pada gambar profile ditutup menggunakan kartun, sebaliknya tatu pada lengannya jelas kelihatan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya
Artikel ini disiarkan pada : 
Ahad, 9 Ogos 2015 @ 5:36 AM 



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69290?m=1#sthash.jJbZZicl.dpuf

No comments:

Post a Comment