Wednesday 27 January 2016

Malaysia, hari ini menangislah engkau.
Perjanjian itu bakal termertrai,
Segala kedaulatan akan tercerai.
Apa yang kita pegang, genggam selama ini akan terlerai.
Malaysia, hari ini menangislah engkau
Melihat segalanya musnah
Dari tangan para bedebah.
Segalanya bakal berubah.
Kala Amerika menjadi kiblat baru untuk kita sembah
Tanpa sedar, kita dijajah.
Malaysia, hari ini menangislah engkau
Engkau akan berdiri di hujung tanduk
Kepada Amerika engkau tunduk.
Dan belulangmu perlahan-lahan mereka tusuk.
Malaysia, hari ini menangislah engkau
Bila saat yang mengemudi
Sudah ada rasa tidak peduli
Bila gewang dengan wang lebih beerti
Ringgit, menjadi Tuhan yang maha hebat sekali.
Merataplah dan lihatlah apa akan terjadi.
Malaysia, hari ini menangislah engkau
Bila rakyatmu sudah lelah berteriak
Menjerit dan menyatakan segala
Tetapi pemimpinmu tidak punya telinga, akal dan rasa.
Malaysia, hari ini menangislah engkau
Bila saat kemerdekaanmu bukan lagi yang sesuatu yang harus mereka jaga. Tetapi sesuatu yang harus mereka jual.
Mereka sedar, nanti imbalannya berpukal-pukal.
Menangislah engkau. Menangislah, kerana yang menghunimu tiada daya selain sepasang tangan untuk memohon kepadaNya.
-MarrMohamad. 27.1.2016

No comments:

Post a Comment