Wednesday 20 January 2016

'Rujuk Maia OK, cerai Mulan tidak'

Dikemaskini 
 
Tidak mustahil bekas vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani kembali rujuk dengan bekas isterinya Maia Estianty, walaupun dia meletakkan syarat.
Ahmad Dhani, 43, mengeluarkan kenyataan berkenaan di hadapan wartawan apabila diajukan pertanyaan mengenai bekas anggota Ratu itu, semalam.
“Kalau rujuk (dengan Maia) dan kemudian saya perlu menceraikan Mulan, nggaklah (tidaklah), tetapi kalau rujuk, dan saya kekal bersama Mulan, itu tidak apa.
“Saya masih mempunyai kemampuan memenuhi tanggungjawab sebagai suami kepada dua isteri,” katanya.
Mulan Jameela adalah isteri kedua Ahmad Dhani selepas Maia (gambar).
Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Dhani melahirkan kekesalannya setelah bercerai dengan Maia terutama apabila dia mengaitkan perpisahan itu dengan nasib anaknya.
“Penyesalan pasti ada terutama untuk anak.
“Saya tidak boleh memberikan kasih sayang sebagai orang tua kepada mereka, tetapi apa boleh dikatakan, dunia tidak sempurna,” katanya.
Ahmad Dhani dan Maia berkahwin pada 1996.
Kisah cinta mereka yag bermula sejak di bangku sekolah menengah akhirnya tamat pada 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi, dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ungkapan Ahmad Dhani itu serius atau tidak kerana hubungannya dengan Maia diketahui masih ‘panas’ hingga sekarang.
1

No comments:

Post a Comment