Thursday 14 January 2016


Pernahkan anda berfikir apa yang akan terjadi andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya di sebalik perangai, sikap dan kelakuan perempuan. Sikap perempuan memang sangat unik dan sukar untuk diduga dan kadangkala perlakuannya bertentangan dengan perasaan hatinya. Setiap perkara yang dilakukan oleh perempuan tidak semestinya menggambarkan siapa dirinya yang sebenar dan cuma mereka dan orang yang rapat dengan mereka sahaja yang faham akan hati dan perasaan mereka. Perempuan mesti pernah merasakan keadaan dimana mereka terfikir alangkah bagusnya andai lelaki tahu akan benda ini.

Di bawah ini ialah beberapa perkara yang pasti lebih menarik andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya disebalik setiap kelakukan mereka.
Andai Lelaki Tahu Sikap Perempuan Sebenarnya
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan cemburu dan seperti tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang dan tidak mempercayai anda, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan seorang perempuan adalah sangat kuat. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan jarang mengungkapkan ‘I Love U’, itu tidak bermaksud dia tidak lagi mencintai tetapi dia inginkan lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir cuma dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa dan gerak-gerinya.
Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segala-galanya dalam hatinya.
Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu yang dicintainya sepenuh hati.
Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Seperti juga pasangan yang baru bercinta, mereka jarang-jarang bergaduh. Tetapi percayalah apabila sudah lama bercinta dan perasaan sayang kepada seseorang semakin bertambah, maka secara automatik banyak pertelingkahan dan pertengkaran yang berlaku.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan bercakap banyak dan bercerita tidak berhenti-henti, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas dan bosan, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya, mungkin mereka akan lebih menghargai dan menyayangi mereka.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan merajuk, janganlah kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah banyak-banyak dan mahal, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa diri mereka dihargai.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan mengatakan bahawa dia rindu sama kamu, miss u sangat-sangat, dia benar-benar maksudkannya. Kalau lelaki tahu, apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata dan satu ketika ar mata kerinduan akan mengalir tanpa disedari.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak menerima anda seadanya, tetapi tujuannya adalah dia mahu menjadikan anda lebih baik lagi, bukan untuk dirinya, tetapi untuk anda dan juga masa depan anda.
Kalau Andai Lelaki Tahu Sikap Perempuan Sebenarnya
Andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya,
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata ‘Tolong Tinggalkan Saya’ atau ‘Leave Me Alone’, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia cuma mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan pergi mencari anda semula. Dan jika dia cari anda, itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaandan adakaalnya bersikap terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan yang berlaku pada diri anda.
Andai lelaki tahu,
Sememangnya lelaki dan perempuan dicipta dan wujud di dunia inidengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Sekiranya lelaki tahu, Perempuan itu diciptakan dengan indah dan unik sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, sebenarnya hati perempuan itu sangat lembut. Jika kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar keputusan dan fikirannya dalam masa yang singkat mahupun sesaat.
Walaupun secara dasarnya, perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong dan memberi galakan kepada anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah juga yang bakal menjadi isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda di kemudian hari. Andai lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya, mesti hubungan antara pasangan lelaki dan perempuan akan menjadi lebih baik lagi.

No comments:

Post a Comment