Friday, 29 January 2016

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan beliau telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Tanpa mendedahkan butirannya, kata beliau makluman cadangan atas nama Umno juga telah diserahkan.
“Saya maklum kepada MT (Umno) saya sudah hadap pengerusi Jemaah Pemangku Diraja dan saya telah serah maklum cadangan atas nama pihak Umno.
“Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat dagangan Dunia Putra sebelepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi Umno.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang Datuk Seri Mukriz Mahathir yang diarah meninggalkan mesyuarat itu akan dilucutkan jawatan menteri besarnya.
Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Umum kemudian

Diminta wartawan mengulas kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar, Najib enggan mendedahkan butirannya.
“Kita (akan) umumkan kemudian,” katanya.
Wartawan juga menyoal sama ada terdapat nama-nama calon yang dikemukakan pagi tadi itu ditolak oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Tak ada, tak ada. Nanti saya maklumkan.
“Tak ada pernolakan, (segala) process jalan baik,” katanya.
Presiden Umno itu juga enggan mengulas sama ada Mukhriz akan tetap menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah.
Katanya, perkara itu akan diumumkan kemudian.
Menurut Najib, beliau mengambil maklum perkembangan politik di Kedah dan memberikan pertimbangan serius setelah mendengar permasalahan di negeri itu daripada 14 ketua bahagian.
“14 ketua Umno bahagian memutuskan perkara ini. Jadi sebagai presiden parti saya kena ambil maklum dan beri pertimbangan yang serius terhadap pendirian dibuat mereka," katanya.
Diasak wartawan sama ada akan berlaku perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri Kedah, Najib tetap tidak mahu memberikan sebarang maklumat.
“Nanti kita beritahulah,” katanya lagi.
Tindakan terhadap Mukhriz itu, sebelum ini dikaitkan dengan kempen berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib.
Calon MB baru
Pada 20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Basah Md Hanipah memulakan langkah dengan mengisytiharkan bahawa Umno negeri hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Mukhriz.
Ini disusuli dengan 21 ADUN BN Kedah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri pada Selasa lalu di Putrajaya.
Berita Harian Online hari ini membuat spekulasi bahawa Najib telah mengemukakan tiga nama sebagai calon untuk jawatan menteri besar Kedah.
Walau bagaimanapun, portal itu melaporkan bahawa nama ADUN Bakar Bata Datuk Seri Ahmad Basah Md Hanipah tidak berada dalam senarai itu.
Memetik memetik sumber, akhbar pro-Umno itu melaporkan mereka dalam senarai berkenaan adalah ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, ADUN Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu Datuk Azmi Che Husin.
Daripada tiga nama itu, menurut laporan tersebut, Ku Abd Rahman mempunyai potensi untuk menjadi menteri besar baru beliau adalah exco yang paling kanan di Kedah.
Mukhriz dilantik sebagai menteri besar Kedah selepas Umno-BN menang di negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya umum 2013. BN memenangi 21 daripada 36 kerusi DUN di Kedah. Pakatan Rakyat ketika itu pula memenangi 15 kerusi.
Beliau yang sebelum ini anggota Parlimen Jerlun berjaya menewaskan penyandang kerusi DUN Ayer Hitam dari PAS, Abdul Ghani Ahmad.
Malah, sesetengah pihak mendakwa antara faktor kemenangan BN ketika itu adalah ketokohannya sebagai pemimpin pelapis Umno sehinggakan perdana menteri sendiri sewaktu kempen PRU13 menjanjikan Mukhriz sebagai menteri besar sekiranya BN berjaya memenangi negeri itu.
16
Other stories you may be interested in

No comments:

Post a Comment