Wednesday 13 January 2016

Shah Rukh Khan Kecewa Dengan Filem Dilwale
Sumber FilmiBeat

Kegagalan filem terbaru Shah Rukh Khan, 'Dilwale' untuk meraih box office seperti filem-filem beliau sebelum ini telah menjadi tanda tanya besar buat dirinya. Padahal filem ini merupakan comeback buat dirinya untuk kembali berpasangan dengan pelakon wanita kegemaran, Kajol. Shah Rukh Khan mengaku amat benar-benar sangat kecewa.
 
"Saya tidak fikir bahawa filem ini telah dilakukan dengan baik dan filem ini tidak sebagus seperti yang saya jangkakan. Saya secara peribadi amat merasa kecewa dengan perkara ini, "kata Shah Rukh Khan kepada seorang wartawan.
 
"Sejujurnya, ini seharusnya tidak terjadi di India. Saya ingin filem ini juga meraih kejayaan di India.  Tetapi filem ini berjaya meraih sambutan yang luar biasa seperti di Jerman dan Austria. Perkara ini amat mencabar dan saya berpendapat filem-filem dari India mampu menembusi pasaran antarabangsa sehingga dapat mencipta peluang perniagaan, " ulas Shah Rukh Khan.
 
'Dilwale' yang ditayangkan  pada 18 Disember yang lepas  merupakan filem bergenre komedi romantik.  Filem ini ditunggu-tunggu peminat filem Bollywood untuk menyaksikan pasangan ideal Bollywood, Kajol dan SRK kembali beraksi bersama.
 
Filem yang diarahkan oleh Rohit Shetty dan dihasilkan oleh Red Chillies Entertainment ini menelan belanja sebanyak 54 juta US Dollar.

No comments:

Post a Comment