Wednesday 20 January 2016

copy paste:
HOTNEWS: MB Kedah bakal disingkirkan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Ahmad Bashah meminta DS Najib Razak menukarkan MB Kedah Mukhriz, dengan dirinya. Antara alasan yang diberi bagi menyingkirkan Mukhriz selaku MB Kedah adalah:

i. Mukhriz gagal menjana ekonomi negeri walaupun Mukhriz berjaya membawa RM11.09 billion sepanjang beliau menjadi MB Kedah dari tahun 2013 - 2015

ii.Mukhriz juga dilihat gagal mengurus tadbir kerajaan Negeri Kedah walaupun banyak program-program keagamaan di suburkan di negeri Kedah dibawah pengedalian Mukhriz.

iii.Sebagai MB Kedah, Mukhriz tiada perancangan yang strategik untuk UMNO Kedah bagi menghadapi PRU14 kerana tidak membantu DS Najib dalam isu Skandal 1MDB dan derma RM2.6billion.

Pemimpin UMNO Kedah yang berjaya dikumpulkan oleh Ahmad Bashah yang mahu dirinya menggantikan Mukhriz adalah:

1.Azeez Rahim (Baling,Kedah) yang terlibat dalam urusniaga penjualan tanah TRX 1MDB kepada Tabung Haji. Beliau adalah Pengerusi Tabung Haji yang dilantik oleh Najib Razak.

2.Jamil Khir (Jerai,Kedah) yang dilantik oleh Najib Razak sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kontroversi dalam isu Yapiem-Golf

3.Ghazali Ibrahim (Padang Terap, Kedah) iaitu Setiausaha Politik kepada Najib Razak

4.Johari Baharum (Kubang Pasu, Kedah) yang dilantik oleh Najib Razak sebagai Timbalan Menteri kepada Hishammuddin (sepupu Najib Razak) di Kementerian Pertahanan.

5.Mahdzir Khalid Ketua UMNO Bahagian di Kedah yang dilantik oleh Najib Razak bagi menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan hanya menghantar wakilnya kerana mempunyai urusan di London.

6.Maznah Hamid iaitu Ketua Wanita UMNO Kedah merangkap besan kepada Najib Razak

Dan beberapa pemimpin Kedah yang turut hadir. Klik like jika anda tidak setuju Mukhriz disingkirkan!

No comments:

Post a Comment