Apandi Ali yang dilantik sendiri oleh Najib diminta memberi penjelasan mengapa beliau tidak membantu permintaan SPRM untuk mendapatkan akses kepada penyata bank luar negara. – Gambar FMT
Keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed untuk tidak mendakwa perdana menteri atas sebarang salah laku terus dipersoalkan hari ini apabila ahli panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempersoalkan mengapa beliau tidak membantu penyiasat ketika menjalankan siasatan.
Lim Chee Wee berkata, peguam negara secara undang-undang perlu memberi penjelasan mengapa beliau tidak membantu permintaan SPRM untuk mendapatkan akses kepada penyata bank luar negara menerusi Bantuan Undang-undang Persefahaman (MLA), bagi memeriksa jejak wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, tindakan itu perlu bagi mengenepikan sebarang spekulasi menutup kesalahan.
Lim, yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, peguam negara juga salah mengikut undang-undang apabila mengarahkan SPRM menutup siasatannya, kerana kuasanya hanya untuk membuat keputusan mendakwa atau tidak.
Katanya, ia boleh “dipertikaikan” kerana peguam negara juga mengikut undang-undang bertanggungjawab menyediakan bantuannya kepada SPRM menerusi MLA.
“Peguam negara juga bertanggungjawab menjelaskan mengapa beliau tidak membantu siasatan SPRM berhubung jejak wang RM2.6 bilion seperti didedahkan SPRM dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 31 Disember, 2015.
“Beliau sepatutnya memberi kebenaran mendapatkan MLA yang membenarkan SPRM akses kepada penyata bank beroperasi di luar negara dari mana wang berkenaan bergerak.
“Sekali lagi ini boleh mengetepikan spekulasi peguam negara menutup kesalahan dan sumbangan yang dikatakan itu wang KWAP,” kata Lim, merujuk kepada wang simpanan pencen, dalam satu kenyataan hari ini lapor The Malaysian Insider.
NOW YOU KNOW DONT SAY THANK - COMMENT & SHARE