Thursday 7 January 2016

KAFA tidak mahu ikut syarat, saya taja Selangor' - Datuk Seri Vida

'Kalau KAFA tidak mahu ikut syarat, saya taja Selangor' - Datuk Seri Vida
Antara syarat yang diberikan Vida adalah warna Stadium Sultan Muhammad IV dicat semula dengan warna kegemarannya iaitu merah jambu.
KUALA LUMPUR: Jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) enggan mengikut dua syarat yang telah ditetapkan, Vida Beauty Sdn Bhd mahu menaja Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida berkata setakat ini tiada persetujuan rasmi dibuat oleh KAFA, lapor Utusan Online, seperti yang dipetik Astro ARENA.

"Secara lisan mereka setuju namun kalau KAFA tidak mahu ikut syarat saya, saya pergi taja Selangor," beliau dipetik sebagai berkata.

BACA: Mahu Qu Puteh taja The Red Warriors? Ini dua syarat Datuk Vida

Ketika ini Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa sedang menunaikan umrah dan dijangka membuat sebarang pengumuman mengenai penajaan itu sebaik pulang.

Difahamkan, Datuk Seri Vida memilih Kelantan kerana berpendapat mereka sebuah pasukan hebat.

Sementara itu, pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akui tidak kisah dengan dua syarat dikenakan pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan pantai timur itu.

Wan Zaharulnizam atau Kecik menjelaskan warna merah jambu atau warna apa sekalipun tidak akan memberi kesan kepada prestasi sesebuah pasukan.

No comments:

Post a Comment