BANDARAYA MELAKA - Berita-berita mengenai kemenangan peserta Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) yang sering disiarkan Sinar Harian menjadi pembakar semangat buat seorang suri rumah di Taman Krubong Perdana, di sini untuk turut sama menyertai peraduan berkenaan.
Surayah Noor, 47, berkata, berkat semangat serta bantuan daripada suami, dia kini mampu tersenyum apabila berjaya memenangi wang tunai RM1,000.
"Bila saya baca berita (kemenangan peserta lain) dan tengok wang tunai yang dimenangi mereka, saya sendiri rasa ingin jadi seperti mereka. Itulah sebab utama saya turut serta dalam peraduan ini.
"Malah, suami saya banyak membantu dengan membawa balik surat khabar lama dari tempat kerjanya bagi membolehkan saya ambil bahagian dalam peraduan berkenaan," katanya ketika ditemui di kediamannya.
Surayah berkata, soalan dikemukakan agak mudah, namun nasib tidak menyebelahinya sebelum ini walaupun telah menghantar peraduan tersebut beberapa kali.
"Saya tak sangka akan menang kerana selama ini saya tak pernah menang apa-apa peraduan yang saya sertai. Alhamdulillah kerana diberi rezeki ini,” katanya.
Ditanya mengenai hadiah kemenangan itu, kata Surayah, dia akan digunakannya untuk perbelanjaan keluarga memandangkan suaminya menerima gaji awal bulan lalu.
Selain itu, katanya, sebahagian wang berkenaan akan digunakan bagi membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) salah seorang anaknya.

No comments:
Post a Comment