SUDAH hampir dua tahun pasangan romantis, Brad Pitt dan Angelina Jolie mengikat tali pertunangan. Namun sehingga kini, belum ada tanda-tanda untuk mereka melangsungkan perkahwinan.

Namun menurut satu sumber, sebenarnya mereka juga sudah merancang untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat kerana merasakan anak-anak mereka sudah semakin membesar.

“Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada musim panas tahun ini sebelum anak-anak mereka semakin membesar,” kata sumber paling rapat pasangan tersebut.

Pasangan ini telah memiliki enam orang anak, yang terdiri dari tiga anak angkat dan tiga anak kandung. Kini usia anak pertama mereka, Maddox Chivan Jolie-Pitt telah mencecah 12 tahun.