Thursday, 13 August 2015

Seronok pulak baca cerita ni..๐Ÿ˜
Perbualan antara pemadam dan pensil

๐Ÿ“Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.

๐Ÿ“Kenapa?

✏Kerana aku benci kamu.
๐Ÿ“Kenapa engkau membenci aku?

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

๐Ÿ“Aku tidak padam melainkan yang salah!

✏Kenapa engkau sibuk?

๐Ÿ“Aku pemadam, ini kerjaku

✏Ini bukannya kerja!

๐Ÿ“Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.

✏Engkau salah dan sombong!

๐Ÿ“Kenapa?

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

๐Ÿ“Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

๐Ÿ“Engkau masih bencikan aku?

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku

๐Ÿ“Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

๐Ÿ“Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

๐Ÿ“Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

๐Ÿ“✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Saudara-saudari sekalian,

Kenapa kita tidak berterima kasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil.✏Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil.✏ Semakin lama semakin pendek.

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.
Pernah buat tak camni? Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba2 ada rasa x puas hati kat sesiapa,  then 'ter'mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda2 negatif la depan air tu. Pernah buat x? Tau tak sebenarnya air tu 'perakam' yang terbaik? Ia akan 'rakam' semua yang ada depannya. Sebab tu kalau perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab nak 'rakam' vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan akan 'bersatu' dalam badan kita. Cer bayangkan anda sedap ngumpat2, dan marah2 (energy negatif) depan air, lepas tu minum pulak air yang di'rakam' dengan aura negatif tu? Ahha, sebab tu kadang2 kita cepat emo, susah nak terima ilmu, payah nak berubah yang lebih baik, sebab kita dah 'rakam' benda2 negatif dan masukkan dalam badan kita. Wallahualam.

๐Ÿ’ฎ Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.

๐Ÿ’ฎ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
       
๐Ÿ’ฎ Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.        
๐Ÿ’ฎ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.        
๐Ÿ’ฎ Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur.  
     
๐Ÿ’ฎ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.        

๐Ÿ’ฎ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi          kematian.        

๐Ÿ’ฎ Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.        

๐Ÿ’ฎ  Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki.        

๐Ÿ’ฎ Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.        

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana dikatakan juga:-  
๐Ÿ’ฎ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda amalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan amalkannya agar syaitan terus stroke.        
๐Ÿ’ฎ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini,          syaitan pun mencegahnya.        
๐Ÿ’ฎ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG...
๐Ÿ‘Œ๐Ÿ˜‹

No comments:

Post a Comment