PERCINTAAN dua bintang terkenal Hollywood, Emma Stone dan Andrew Garfield sememangnya bukan lagi rahsia.
Namun baru-baru ini, hubungan pasangan ini dikatakan sudah berakhir.
Menurut Emma, dia dan Andrew mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka lebih selesa mengunci mulut.
“Sejak dulu lagi saya tidak suka memberi komen mengenai masalah ini kerana khabar angin yang tersebar tentang diri saya memang tidak berasas,” jelasnya menerusi Aceshowbiz.