BETTY berkongsi khabar gembira, dia kini hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan Bruce Darghous. - Foto Zunnur Al Shafiq KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Betty Banafe berkongsi khabar gembira, dia kini hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan Bruce Darghous. Biarpun pada awalnya cuba merahsiakan perkhabaran gembira itu namun akhirnya Betty mengakui dia mengandung. Cuma dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu kerana usia kandungannya masih berada di peringkat awal. "Memang kalau boleh saya enggan berkongsi lagi berita gembira ini kerana usia kandungan saya masih berada di peringkat awal, ..saya tak mahu perkara buruk berlaku. "Namun apabila sudah diajukan soalan ini, saya (terpaksa) buka mulut berkongsi khabar gembira ini. Cuma setakat ini saya belum sedia untuk bercerita lebih lanjut mengenai kandungan saya ini. "Apa yang boleh saya katakan setakat ini, kehamilan kami ini begitu berbeza jika dibandingkan ketika saya mengandung Julia dulu," kata Betty kepada BH PLUS. Tambah Betty Benafe lagi, dia tidak kisah mengenai jantina anak pertama mereka ini kerana terlalu teruja selain mengatakan berharap mempunyai sepasang lelaki dan perempuan kelak. Bercerita mengenai Julia, wanita cantik kacukan Arab itu turut mengulas dakwaan mengatakan dia sering mengusung anaknya itu ke banyak majlis dan dianggap seperti ingin 'menjual' anak. Mengikut Betty, dia tidak 'over exposed' anaknya, sebaliknya menyifatkannya sebagai fitrah seorang ibu yang menyusukan anak untuk dilihat sering membawa anak bersama-sama.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55987?m=1
No comments:
Post a Comment