Cuepacs cadang tubuhkan Pusat Haemodialisis Negara
April 29, 2014

AZIH MUDA
ALOR SETAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan Pusat Haemodialisis Negara bagi memudahkan rakyat mendapatkan rawatan yang lebih baik dan teratur.
Presidennya Azih Muda berkata penubuhan pusat itu haruslah sama seperti penubuhan Institut Jantung Negara (IJN) berikutan peningkatan pesakit pada masa ini.
Beliau berkata unit haemodialisis di hospital-hospital kerajaan juga kini kritikal kerana bilangan mesin tidak mampu menampung pesakit setiap hari.
"Penubuhan pusat ini akan membantu rakyat termasuk penjawat awam...(ada yang perlu) tiga kali seminggu untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Azih turut menyarankan penubuhan pusat hemodialisis di negeri-negeri. - Bernama

No comments:
Post a Comment