Rayu bantuan baik pulih rumah terbakar
June 7, 2014
GUNUNG SEMANGGOL - Sebuah keluarga di Taman Lembah Beriah, Bukit Merah di sini merayu bantuan untuk membaik pulih kediaman mereka yang sebahagian strukturnya rosak selepas terbakar bulan lalu.
Abu Bakar Arasat, 62, berkata, keluarganya terpaksa menadah air hujan yang masuk melalui bumbung rumah yang rosak menggunakan baldi air.
Menurutnya, dia tidak mampu membiayai kos membaik pulih bahagian dapur rumahnya yang terjejas kesan daripada kebakaran.
“Setiap kali hujan, kami sekeluarga tidak dapat tidur lena dan terpaksa bersengkang mata menadah air yang masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui di sini.
Abu Bakar berkata, dia merupakan orang kurang upaya (OKU) dan mereka sekeluarga bergantung kepada pendapatan isterinya yang bekerja di sebuah kilang membuat perabot di Pulau Pinang.
“Saya amat berharap pemimpin setempat dan pihak berwajib tampil membantu meringankan beban dihadapi kami sekeluarga,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pihaknya dan ketua kampung sudah mengambil inisiatif untuk membantu Abu Bakar dan keluarganya.
Bagaimanapun katanya, keluarga itu diminta bersabar memandangkan kesemua agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan bantuan mempunyai prosedur dan protokol yang perlu dipatuhi.
“Masalah keluarga Abu Bakar sudah pun dipanjangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mereka juga bakal menerima bantuan Tabung Bencana Alam dalam masa terdekat.
“Bagi setiap bencana seperti kebakaran, banjir dan sebagainya, MKN, Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat dan akan menyalurkan bantuan berdasarkan tahap kerosakan rumah mangsa,” katanya.
Sham turut meminta mana-mana pihak yang memohon bantuan daripada agensi kerajaan supaya tidak sewenang-wenangnya menuduh pihak berwajib tidak peka dengan tuntutan mereka sekiranya bantuan disampaikan agak lewat.
Menurutnya, Umno Bahagian Bagan Serai juga sentiasa prihatin dan aktif dalam memastikan kebajikan rakyat di sini sentiasa terbela.
Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat kecenderungan pihak tertentu yang menggunakan platform media untuk membuat dakwaan mereka diabaikan agensi kerajaan dan pemimpin setempat, sedangkan tindakan susulan sudah diambil untuk membantu mereka.
“Bagi saya, mana-mana pemohon bantuan perlu bersikap jujur dan bersyukur dengan bantuan yang bakal diberikan kepada mereka.
“Saya tidak menafikan mungkin ada permasalahan rakyat yang mungkin kami terlepas pandang. Namun, bagi kes mangsa yang sudah diberi perhatian, usahlah mangsa menafikan tindakan susulan diambil pemimpin tempatan semata-mata untuk membolehkan bantuan
diterima lebih cepat,” katanya.

Artikel Berkaitan
- Takut masuk rumah sendiri
- Tindakan jiran selamatkan rumah
- Rumah terselamat gara-gara Piala Dunia
- Lima lelaki nyaris maut
- Pemandu cemas kereta terbakar
- Rumah tinggal terbakar kejutkan penduduk
- Rumah kosong hangus terbakar
- Pemandu cemas lori terbakar
- 19 kereta musnah dalam kebakaran
- Rayu bantuan baik pulih rumah terbakar
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment