Sunday, 15 June 2014

untuk memadam gol awal Jepun untuk mencatat kemenangan 2-1.
Wakil Afrika itu dikejutkan dengan gol hasil gerakan bijak Keisuke Honda pada minit ke-16 di mana barisan pimpinan Sabri Lamouchi kelihatan masih lagi belum dapat mengatasi kegugupan mereka.

Jelas sekali para pemain Ivory Coast masih mencari rentak apabila sering kali melakukan kesilapan dan kekasaran terhadap pemain lawan dalam tempoh 45 minit pertama permainan.

Namun perlawanan berubah wajah sejak Didier Drogba dimasukkan pada m62 apabila penyerang itu banyak mencetuskan masalah kepada pertahanan Jepun.

Hasilnya Ivory Coast berjaya mendapatkan gol pantas dalam tempoh dua minit menerusi Wilfried Bony dan Gervinho.

Serge Aurier membuat hantaran lintang cantik sebelum Bony melakukan tandukan tipis untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-62, dan sekali lagi sentuhan Aurier cukup berharga dan kali ini penjaga gol Samurai Biru, Eiji Kawashima teragak-agak arah tandukan Gervinho.

Ivory Coast terus mengasak kubu lawan dengan Drogba beberapa kali berkesempatan mencetak namanya sebagai penjaring namun keputusan kekal sehingga wisel penamat. 

No comments:

Post a Comment