Berita Utama
30 belasah dua
Oleh Hadzlihady Hassan
Bukit Mertajam: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui maut dalam keadaan ngeri apabila lehernya dijerut wayar selain ditikam di belakang badan selepas bergaduh dengan 30 rakan senegaranya di tapak pembinaan perumahan di Jalan Ara Kuda, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi, mayat mangsa ditemui terperosok dalam longkang dengan keadaan badannya lembik dipercayai akibat patah tulang kerana dibelasah beramai-ramai sebelum ditinggalkan.
Selain mangsa berusia 30-an itu, seorang lagi rakannya turut dibelasah kumpulan terbabit dan keadaannya dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Seberang Jaya, di sini.
Difahamkan, semua yang terbabit dalam pergaduhan itu bekerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan rumah dan dikatakan bergaduh kerana tidak berpuas hati berhubung soal agama dan perkauman yang tercetus di negara mereka.

RAKAN mangsa yang cedera parah dirawat di hospital.
Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian, namun semua suspek didapati meloloskan diri di kawasan hutan berhampiran tapak pembinaan terbabit.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment