Tuesday, 2 December 2014



Tarikh Hari ini : 02 Dec 2014
 

Perdana
Ekonomi
Tempatan
Sukan
Dunia
Sada
Stail

Sarawak tambat Hikspoor
Oleh : Martin Yee
Tarikh Disiarkan : 02-Dec-2014

SARAWAK bakal menambat bintang dari Belanda, Ronald Hikspoor yang dijangka tiba hari ini (Selasa) sebagai bintang import asing keempat. Hikspoor pernah menjalani ujian pemilihan tahun lalu, namun tempatnya digantikan oleh penyerang dari Serbia, Milorad Janjus.

Hikspoor sepatutnya menyertai pasukan Divisyen Dua Belanda, FC Mvievie, namun menerima panggilan daripada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS). Sarawak beria-ia untuk menambat Hikspoor kerana calon import, Jimmy Modeste gagal menunjukkan aksi yang diharap-harapkan ketika menentang Sabah dalam aksi persahabatan di Likas malam kelmarin.

"Hikspoor sentiasa menjadi buruan kami dan dia bersedia untuk ke Sarawak," kata Alberts. "Hikspoor boleh bermain di bahagian tengah, manakala Ivan Fatic boleh bermain di bek tengah," ujarnya. "Hikspoor sepatutnya menyertai aksi Liga Belanda semalam, namun dia memilih untuk ke Sarawak. Terdapat klausa dalam kontraknya, namun dia boleh menyertai Sarawak," kata Alberts. Bagi Alberts, kehadiran Hikspoor amat penting dalam menambah kekuatan Sarawak yang sudah pun mempunyai Mehmet dan Grifftihs.

"Seperti yang selalu saya nyatakan, pemain import asing memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pasukan dalam mengharungi kempen 2015 nanti," ujar Alberts. Sementara itu, Sarawak juga mengambil keputusan untuk mengambil semula pemain tempatan, Daliglish Papin bersama pemain tempatan daripada Piala Sarawak 2014, Ikhwan Izzat (Samarahan).







More Sharing ServicesShare | Share on facebook Share on myspace Share on google Share on twitter Share on email Share on print


                   
Berita Terkini
Jalan ke rumah kediaman ditutup


Oleh : NewsDesk, 02-Dec-2014

Kabel elektrik bahaya di kampung Darat Betanak


Oleh : NewsDesk, 02-Dec-2014

160 anggota Rela di Matu sertai kursus


Oleh : NewsDesk, 02-Dec-2014

Berita Selanjutnya



Berita Popular
Politeknik laksana transformasi peneraju bidang teknikal

Oleh : Bernama, 05-Apr-2013

Notis amaran pemandu jawab telefon

Oleh : NewsDesk, 28-Nov-2014

No comments:

Post a Comment