Wednesday 24 December 2014

pir 10 tahun dahulu.

2. Penulis mendakwa bahawa pandangan wahabi sama dengan pandang
an imam syafie atau ulama mazhab syafie.

Persoalannya, adakah penulis aunul ma'bud (dari India) yang turut dinukil olehnya bermazhab syafie? Penulis juga mengambil rujukan dari kitab2 wahabi seperti irwa', sahih azkar, akhta musallin dll.

Wajarkah pandangan mazhab syafie di ambil dari kitab 'musuh' mazhab, kemudian mendakwa ia adalah pandangan mazhab? Atau dah kehabisan modal sebenarnya...

3. Hasil dari silap rujukan, penulis mendakwa iman syafie tidak mengajar lafaz niat. Betul, tapi penulis terlepas pandang bahawa imam syafie mengamalkan lafaz niat.

Amalan ini diriwayatkan oleh ibnul muqri dari ibnu khuzaimah dari imam rabie. Sheikh al tarrifi (tokoh hadis wahabi bermanhaj mutaqaddim) mengakui bahawa lafaz niat memang sabit dari imam syafie dan menyatakan bahwa sanad ibnu muqri tadi seumpama 'matahari' (istilah yang sering digunakan oleh ahli hadis untuk menggambarkan kejelasan sanad atau rawi yang tidak perlu dipertikaikan lagi). oleh kerana itu, hampir semua ulama (setakat diketahui) mazhab syafie berpandangan samada harus, sunat bahkan ada yang mewajibkan. Nukilan dari imam rabie juga musykil kerana ia di ambil dari buku wahabi. Tak kan tidak ada buku mazhab yang menukil sehingga buku wahabi yang digunakan.

4. Dakwaan bahawa ulama syafie amat membenci amalan kenduri arwah tidak tepat dengan nukilan dari kitab mereka. Ini kerana mereka sebut كره، يكره dan seumpama dengannya dengan maksud makruh dalam istilah fiqhيعاتب فاعله ولا /يعاقب /ياثم. Menukar istilah tersebut kepada makna lughawi (amat membenci) membawa nada yang berbeza.

Sekadar tambahan kepada ulasan di atas. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment