Wednesday 24 December 2014

Iskandar, Ahmad Yunus terima gelaran 'Datuk'

BERNAMA | 
SHAH ALAM:Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada Khamis.
Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran 'Datuk Seri'.
Turut menerima S.P.M.S. ialah Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.

No comments:

Post a Comment