Sunday 28 December 2014

Ragam bintang Hollywood

Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my
Industri hiburan Hollywood sepanjang tahun ini menyaksikan pelbagai isu panas yang turut mendapat perhatian seluruh dunia.
Menutup tirai 2014, disenaraikan selebriti paling kontroversi ditahan polis, meninggal dunia, berkahwin serta nama pelik bayi mereka.
Bagi selebriti Hollywood paling kontroversi, ramai pasti mengetahui siapa yang menduduki senarai terbabit kerana kerap menjadi perhatian media atas kesilapan sendiri.
Antaranya keluarga Kardashian yang tidak habis-habis mencetuskan kontroversi serta penyanyi Miley Cyrus dengan kelakuan lucahnya.
Berita mengenai Justin Bieber juga kerap terpampang di dada akhbar kerana kerap menimbulkan masalah.
Tahun ini juga menyaksikan ramai bintang Hollywood meninggal dunia antaranya Robin Williams, Philip Seymour Hoffman dan Joan Rovers.
Siapa paling kontroversi?
* Kim Kardashian
Personaliti televisyen dan sosialit ini tidak habis-habis mencetuskan pelbagai kontroversi. Terbaru, Kim menggemparkan pengguna Internet selepas beberapa gambar bogelnya untuk majalah Paper tersebar di Internet.
Isteri penyanyi Rap, Kanye West itu mencetuskan kemarahan pengikutnya apabila berkongsi gambar dirinya dengan 'crop' anak perempuannya, North di Instagram.
* Miley Cyrus
Selepas putus tunang dengan pelakon Liam Hemsworth, penyanyi ini berubah sepenuhnya daripada gadis yang baik kepada liar.
Sepanjang tahun ini, Cyrus menjadi perhatian media kerana melakukan tarian dan aksi lucah serta pakaian yang terlampau terdedah. Selain itu, dia turut berkongsi gambar bogelnya di Instagram.
* Justin Bieber
Selain kontroversi percintaanya dengan Selena Gomez, penyanyi berusia 20 tahun ini kerap terpalit dalam masalah disiplin, sosial, dadah dan beberapa kes kemalangan.
Malah, penyanyi itu turut dikhabarkan melanggan beberapa pelacur ketika mengunjungi kelab dan berparti.
Tahun ini, penyanyi lagu Baby itu sekali lagi ditahan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.
* Rihanna
Kontroversi penyanyi ini timbul selepas kes didera bekas kekasih dan juga penyanyi Chris Brown.
Tahun ini, pasangan itu dikatakan bercinta semula, namun berpisah lagi tidak lama kemudian.
Rihanna sekali lagi mencetuskan gosip kurang enak apabila memuat naik gambarnya yang menjolok mata di Instagram. Perbuatannya membawa padah apabila disekat pengendali Instagram kerana didapati melanggar peraturan.
* Madonna
Walaupun sudah bergelar warga emas dengan usia 56 tahun, Ratu Kontroversi itu sentiasa menjadi tumpuan media kerana sikapnya.
Baru-baru ini, gambar anak lelakinya Rocco Ritchie, 13, memegang botol arak bersama beberapa rakan yang dimuat naik di Instagram menimbulkan pelbagai komen negatif daripada peminat.
Tidak cukup dengan kes itu, dia juga mengambil gambar dengan tidak memakai baju untuk disiarkan di sebuah majalah.Lindsay Lohan
Pelakon dan penyanyi ini terkenal dengan masalah penagihan dadah, alkohol serta beberapa kes kecurian.
Terbaru, Lohan, 28, dikhabarkan berlari-lari sambil menjerit dalam sebuah butik di London tanpa seurat benang.
* Beyonce
Kehidupan Beyonce terumbang-ambing sepanjang tahun ini. Bermula dengan penyebaran khabar angin palsu mengatakan dia sudah bercerai dengan suaminya, Jay Z.
Kemudian, perselisihan faham penyanyi itu dengan Kim Kardashian turut menjadi perhatian ramai.
Selepas itu, adik perempuannya, Solange Knowles dilaporkan bergaduh dengan Jay Z dalam lif di sebuah hotel. Namun, Beyonce hanya menyaksikan kejadian itu tanpa menghalang mereka.
* Nicki Minaj
Industri hiburan digemparkan dengan video muzik lagu Anaconda yang menampilkan penyanyi ini muncul dengan tarian lucah serta pakaian seksi.
Dia turut dikhabarkan bercinta dengan penyanyi Drake dan selepas itu rapper Lil Wayne.
Penyanyi ini juga terkenal dengan cita rasa fesyennya yang agak pelik.
* Khloe Kardashian
Adik Kim Kardashian ini juga mencetuskan beberapa siri kontroversi sepanjang tahun ini.
Selepas drama kes cerai dengan Lamar Odom, dia menjalin hubungan dengan French Montana.
Seperti kakaknya, Khloe juga suka mendedahkan susuk badannya selain mencetuskan kemarahan ramai dengan kostum Halloween.
* Kris Jenner
Seperti anak perempuannya, ibu kepada adik-beradik Kardashian ini gemar menimbulkan gosip negatif.
Kris juga mempunyai isu peribadi sendiri dan sudah bercerai dengan suaminya, Bruce Jenner.
Baru-baru ini, wanita itu dikutuk pengikutnya di Instagram selepas berkongsi gambar anaknya, Kendall yang hanya memakai pakaian dalam bersama Santa.
* Bruce Jenner
Bapa tiri adik-beradik Kardashians ini juga tidak terlepas daripada kontroversi.
Selepas bercerai dengan Kris, Jenner dikatakan menjalani pembedahan untuk membuang halkumnya. Malah, dia turut menyatakan hasrat ingin bertukar jantina.
Bekas atlet itu muncul di khalayak ramai dengan kuku berwarna manakala rambutnya dibiar panjang dan diikat rapi.
Siapa berkahwin?
* Brad Pitt & Angelina Jolie
Selepas 11 tahun menjalin hubungan, pasangan pelakon ini akhirnya berkahwin secara sah. Hari istimewa itu turut disaksikan enam anak mereka.
Jolie memperagakan 'veil' yang dihiasi dengan lukisan anak-anaknya.
* George Clooney & Amal Alamuddin
Pelakon popular ini akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan peguam hak asasi manusia, Amal. Pasa­ngan itu melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Hotel Aman Canal Grande, Venice, Itali.
* Kim Kardashian & Kanye West
Pasangan ini pula mengadakan majlis perkahwinan mewah dan meriah di Florence, Itali pada Mei lalu.
Kardashian dan West memperagakan pakaian pengantin rekaan Givenchy. Gaun istimewa turut direka untuk anak pasangan itu, North.
Gambar perkahwinan ketiga-tiga beranak itu mendapat paling banyak 'likes' di laman sosial.
* Solange Knowles & Alan Ferguson
Knowles dan produser Ferguson sah bergelar suami isteri di resepsi perkahwinan yang berlangsung di New Orleans.
Pada majlis itu, Knowles memakai gaun putih Humberto Leon rekaan Kenzo yang menjadi perhatian ramai.
Siapa ditahan polis?
* Justin Bieber
Penyanyi ini sentiasa menimbulkan pelbagai masalah. Pada Januari lalu, Bieber ditahan polis atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk di Miami.
Kemudian pada Julai, dia dihadapkan ke mahkamah kerana mencampak telur ke rumah jirannya.
Pada September lalu pula, penyanyi ini ditahan lagi kerana memandu secara berbahaya di Stratford.
* Chris Brown
Brown ditahan di California pada 14 Mac lalu kerana melanggar probation membabitkan kes dera bekas kekasihnya, Rihanna pada 2009.
* Shia LaBeouf
Pelakon filem Transformers ini ditahan ketika menyaksikan persembahan Cabaret di Studio 54, New York pada 26 Jun lalu.
Dia didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah.
* Keyshia Cole
Cole pula ditahan pada 29 September lalu selepas menyerang seorang wanita yang bermalam dengan teman lelakinya selain memandu secara berbahaya.
Nama pelik anak selebriti
Selebriti Hollywood juga kreatif memikirkan nama unik untuk anak mereka. Tahun ini, Hollywood bertambah meriah dengan selebriti menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga.
Berikut senarai nama anak selebriti yang dianggap agak pelik.
* Wyatt Isabelle
Anak lelaki pelakon Mila Kunis dan Ashton Kutcher
* Sunday Molly
Anak perempuan pelakon Mike Myers dan Kelly Myers
* River Rose
Anak perempuan penyanyi Kelly Clarkson dan Brandon Blackstock.
* Apollo Bowie Flynn
Anak lelaki pasangan penyanyi Gwen Stefani dan Gavin Rossdale.
* Summer Rain
Anak perempuan penyanyi Christina Aguilera dan Matthew Rutler.
* Buzz Michelangelo
Anak lelaki Tom Fletcher dan Giovanna Fletcher.
* Bodhi Ransom
Anak pelakon Megan Fox dan Brian Austin Green.
* Royal Reign
Anak lelaki penyanyi rap Lil' Kim dan Papers.
Antara yang meninggal dunia
* Robin Williams
Pelakon dan pelawak ini yang menggantung diri ditemui di kediamannya di Tiburon, California pada 11 Ogos lalu. Pelakon legenda ini meninggal dunia ketika berusia 63 tahun dan menghidap masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu.
* Joan Rivers
Produser, pelakon, pelawak dan pengacara program Fashion Police ini meninggal dunia pada usia 81 tahun akibat komplikasi ketika menjalani pembedahan kerongkong di sebuah klinik di Manhattan.
* Peaches Geldof
Ikon fesyen, pengacara televisyen, model dan sosialit ini dipercayai mati akibat pengambilan dadah heroin berlebihan.
Pada usia 25 tahun, ibu kepada dua anak itu ditemui mati di kediamannya di Wrotham, Kent, England pada 7 April lalu.
* Philip Seymour Hoffman
Pemenang Oscar ini berusia 46 tahun ketika ditemui mati di kediamannya di New York pada 2 Februari lalu. Bapa tiga anak itu dipercayai meninggal dunia akibat dadah.
* Sarah Goldberg
Pelakon drama popular 7th Heaven, House, Judging Amy dan filem Jurassic Park III ini dilaporkan meninggal dunia dalam tidurnya pada 27 September lalu.
Ketika kejadian dia berusia 40 tahun dan berada di rumahnya di Wisconsin.
Artikel ini disiarkan pada : 
Khamis, 25 Disember 2014 @ 3:09 AM 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18933?m=1#sthash.9eAS0XyR.dpuf

No comments:

Post a Comment