Mahathir vs Najib: Siapakah bakal kecundang?
AYAT paling "power" yang diluahkan oleh Mahathir Mohamad kepada kepimpinan Najib Razak yang sedang dipertikaikannya ialah "kalau tak ada kelayakan, jangan jadi kerajaan".
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, ramai lagi yang berkelayakan untuk menggantikan Najib.

Sebelum itu, selain menarik balik sokongan, hampir semua tindakan atau keputusan yang dibuat Najib sentiasa saja mendapat kritikan dan bangkangan daripada Mahathir. 1MDB, TPPA, pemansuhan akta, hubungan kaum, CEO MAS, menyaman pengkritik atau apa saja, semuanya mendapat teguran dan "tidak kena" pada pandangan Mahathir.
Sesiapa pun yang mengikuti semua perkembangan antara Mahathir dan Najib ini, pasti tidak dapat mengelak daripada merasakan bahawa suatu lagi perkelahian politik bakal berlaku. Tidak kurang yang meramalkan hayat politik Najib mungkin sudah di penghujungnya ketika ini.
Hal ini kerana, sejarah politik Mahathir memperlihatkan beliau tidak pernah kesian atau mengalah dengan mereka yang dibencinya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim adalah musuh "heavyweight" yang disingkirkannya ketika sedang berkuasa, manakala Pak Lah pula berjaya diketepikannya selepas tidak lagi mendiami Seri Perdana.
No comments:
Post a Comment