Thursday 25 December 2014

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes
Global Hiburan Sukan Ultras Karya Wawancara
BISNES
Dua pelan unik Celcom First
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
December 25, 2014
Dua pelan unik Celcom First
Zaiman Aefendy (empat, kanan) ketika pelancaran Celcom First di Kuala Lumpur.
CELCOM Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan dua  pelan pasca bayar terbaharunya di bawah Celcom First iaitu First Basic dan First Elite bagi meningkatkan pengalaman dalam penggunaan internet dan juga panggilan.

Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom, Zaiman Aefendy Zainal Abidin berkata, perkhidmatan ini merupakan yang pertama di Malaysia.

“Kami gembira memperkenalkan Celcom First  dengan dua pelan iaitu First Basic dan First Elite dengan ciri-ciri terbaharu Optimiser dalam memastikan pelanggan menerima tambahan data atau panggilan serta SMS automatik berdasarkan trend penggunaan bulanan pengguna.

“Misalnya, apabila penggunaan data internet melebihi dua gigabait (GB) secara automatik Optimiser akan menambah kuota data tersebut sebanyak dua GB lagi,” katanya selepas merasmikan Celcom First di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Zaiman Aefendy berkata, pelan kedua Celcom First, First Elite merupakan yang terungul dari Celcom memandangkan ia merupakan satu-satunya pelan yang menawarkan perkhidmatan dan servis eksklusif kepada penggunanya.

“Pelan ini merupakan yang pertama dalam negara dan tidak ada pembekal perkhidmatan telekomunikasi (Telco) lain yang menawarkan seperti apa yang kami berikan melalui First Elite seperti akses kepada The Lounge.

“Setiap pelanggan juga akan mempunyai seorang perunding perkhidmatan jika mempunyai sebarang pertanyaan,” katanya.

Untuk pelan First Elite, Celcom menawarkan panggilan sebanyak 200 minit panggilan dan 200 SMS dengan internet sebanyak 3GB dan pelanggan akan diberi keutamaan di semua majlis anjuran Celcom.

Pelan First Basic boleh didapati pada harga RM85 sebulan manakala First Elite pula berharga RM235 setiap bulan.

Zaiman Aefendy turut berkata, Celcom yakin pelan terbaharu ini mampu menambah 50 peratus pelanggan baharu Celcom memandangkan ia menawarkan ciri-ciri yang tidak ada pada penyedia Telco yang lain.

Kongsi berita ini:
Share on facebook Share on twitter
Artikel Berkaitan

No comments:

Post a Comment