Mashitah diseru sokong golongan seni yang berhijrah
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyatakan bahawa tugas menyampaikan dakwah amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua yang bergelar umat Islam. Nuridah menyatakan sedemikian di dalam siri kuliah bulanan beliau di sebuah tempat sekitar ibu kota baru-baru ini.
"Hatta orang yang baru sahaja memeluk Islam sekalipun, tugas menyampaikan dakwah sudah terpikul di bahunya. Masing-masing berdakwah mengikut kemampuan dan cara masing-masing mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam," ujar Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
Nuridah juga menyatakan agak terkilan dengan ucapan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam Persidangan Wanita Umno yang mengesa kerajaan untuk memantau 'ustaz' dan 'ustazah' ekspres terutama di dalam PAS.
Mashitah sepatutnya menyokong penuh penghijrahan golongan seni ini dan usaha mereka menyampaikan dakwah kerana mereka berhijrah ke arah yang lebih baik.
"Beliau sepatutnya menyeru agar jejak langkah mereka yang berhijrah ke arah lebih baik ini diikuti oleh semua masyarakat.
"Mereka yang berhijrah terutama golongan artis ke dalam PAS bukan dibiarkan begitu sahaja tetapi golongan ini telah diberi tempat yang sesuai dengan kebolehannya sebagai org seni. Mereka juga dibimbing oleh ustaz dan ustazah di dalam kumpulan kecil yang di panggil Usrah Selebriti," ujarnya lagi.
Dalam PAS juga ada Lajnah Kesenian dan Kebudayaan. PAS menggunakan lajnah ini untuk berdakwah melalui seni. Perkara ini lebih mudah diperkenalkan dengan kemasukan orang seni.
Apabila orang seni berada di pentas bersama pimpinan PAS, mereka bukan berbicara tentang ilmu fardhu ain tetapi mereka menceritakan pengalaman bagaimana mereka boleh berhijrah. Mereka ajak orang lain juga berubah. Mereka mempunyai peminat tersendiri dan mampu mngajak peminat kembali kepada Islam. Minat dan mahu kepada perjuangan Islam, malah menggabungkan diri kedalamnya.
Jika orang seni boleh berubah daripada tidak menutup aurat kepada menyempurnakan jagaan aurat, mengapa tidak orang lain yang bukan artis?
Di akhir kuliahnya, Nuridah menyeru agar semua hadirin berusaha untuk menyampaikan dakwah amar makruf nahi mungkar. Jika kita tidak mampu untuk menyampaikan dakwah, bantulah para pendakwah ini dengan doa, sumbangan tenaga dan wang ringgit dan sebagainya bukannya menghalang mereka dengan melakukan sekatan.
Nuridah juga menyeru agar artis yang berhijrah menyahut cabaran Mashitah dengan terus istiqamah dengan jalan yang dipilih. Mereka juga perlu sentiasa merujuk kepada golongan ulul albab, mendalami ilmu bersama para asatizah dan berusaha menjadi yang lebih baik. - HARAKAHDAILY 11/12/2014

No comments:
Post a Comment