Wednesday 24 December 2014

.
Azimat bagi umat terbaik. Malfuzat Maulana Ilyas Rahimahullah

J A N G A N  J A D I
S E S A T
d a n
J A U H I L A H
K E B O D O H A N

D a k w a h
T a k l i m
T a z k i y a h

Dakwah, Taklim (ilmu) dan Tazkiyah (ibadat dan khidmat) perlu diperbanyakkan dan dikhususkan setiap darinya supaya kita terkeluar dari kesesatan yang nyata.

B U K T I N Y A
A P A ?
Dalilnya, Surah Al-Jumua, Verse 2:


هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ


Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat) serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).

Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad saw) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

B E R D A K W A H
S A J A
Dakwah sahaja dan meninggalkan Taklim dan Tazkiyah, iman akan meningkat tetapi tiada ilmu dan jahil dalam beramal.

Tidak tahu liku-liku untuk sampai kepada Allah swt dengan jelas.

B E R T A K L I M
S A J A
Taklim sahaja dan Dakwah ditinggalkan maka ilmu banyak tetapi tak mampu nak beramal.

T A Z K I Y Y A H
D I T I N G G A L K A N
Dakwah buat, Taklim buat, ngaji pondok dengan mursyid lagi, tapi Tazkiyah (penyucian hati) ditinggalkan, maka penyakit seperti takabur, ujub, sombong, sum'ah, riak akan melekat dalam diri sampai dah tak nampak lagi kebenaran.

F A H A M
I S T I K E L A S ?
Istikelas juga tak akan dapat difahami dengan jelas.

L A K U N A N
S A H A J A
Buat Tazkiyah sahaja, Dakwah dan Taklim ditinggalkan dikhuatiri jatuh Zindiq. Berlakon macam wali Allah tapi satu habuk pun takde pape.

S E I R I N G
d a n
S E J A L A N
Maka, usaha atas Dakwah (Iman/tauhid), Taklim (Islam/feqah) dan Tazkiyah (Ihsan/tasawuf) perlu dititikberatkan dan diPERBANYAKKAN seiring sejalan bukan dikurangi atau ditinggalkan salah satunya.

I S T I K E L A S
Inilah haq istikelas!

Kerana asal-asal kehidupan para mashaikh Nizamuddin adalah pemimpin peneraju faqeh dan ahli Dakwah, ahli Ilmu (Taklim) dan ahli Zikir Tariqat (Tazkiyah).

Inilah kehendak para mashaikh setinggi-tingginya ke atas kita untuk meneladani kehidupan asal mereka.

Z A M A N  T E R U S
B E R U B A H
Tetapi zaman dah berubah. Ramai ulamak telah meninggal, juga khalifah-khalifah.

Maka keberkatan wahyu dan kefahaman agama telah terpadam dari Nur mereka.

Mana mungkin kau celik lagi wahai si buta!!😔

TETAPI ALLAH MAHA BERKUASA.
ALLAH MAHA PENGASIH
LAGI MAHA PENYAYANG.

ALLAH BOLEH TUKAR YANG TAK MUNGKIN KEPADA MUNGKIN.

ALLAH MELIHAT. ALLAH MENDENGAR DAN
ALLAH SANGAT MENGETAHUI.

D I A L A H  A L L A H  Y A N G
D I P E R B E S A R K A N

Belajar membesarkan Allah di mana-mana jua, di setiap masa dan keadaan. Kehebatan Allah di dada umat. Bergegar hentakan kaki umat dari Nusantara melangkahi dunia.

A N D A  P E R L U L A H
M E N Y E R T A I N Y A
B E R S A M A
.

No comments:

Post a Comment