Wednesday, 24 December 2014

DOSA SESAMA MANUSIA

Kebanyakan kita sering terlupa dosa2 sesama makhluk Allah terutama kepada Ibubapa kita, suami kita dan mereka2 selalu disamping kita. Semua dosa2 ini tidak akan diampuni oleh Allah Ta'ala melainkan pembuat dosa meminta ampun kepada manusia yang dizaliminya. Diantara dosa2 ini untuk renungan kita bersama:

1. Dosa anak kepada Ibubapa kerana menyakiti hati mereka dengan perkataan atau perbuatan atau kedua2nya.

2. Dosa isteri kepada suami kerana menyakiti hatinya atau derhaka kepadanya.

3. Dosa suami kepada isteri kerana tidak menunaikan haknya.

4. Dosa seseorang kepada seseorang yang lain kerana mengumpat, mencaci, khianat, sumpah palsu, menzaliminya, menafikan haknya, memfitnahkannya dan banyak lagi.

Kita banyak melihat dizaman ini anak2 muda melawan cakap ibubapa dan menjadi derhaka. Isteri derhaka kepada suami. Manusia2 yang tamak sanggup memijak2 orang lain dan menzalimi orang lain demi merampas dunia yang tiada nilainya.

Ingat dan waspadalah!

Jika terbuat kezaliman, samada pada dirinya atau hartanya, kehormatannya maka segeralah meminta ampun padanya dan kembalikan haknya sebelum mati.!

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alayhi WaSallam:"Barangsiapa yg menzalimi saudaranya samada harga diri atau hartanya, hendaklah dia minta halal padanya di dunia sebelum datang suatu hari kelak yg tidak lagi laku dinar dan dirham. Bila tiba sa'at itu (Mahsyar), amal salehnya akan diambil darinya menurut ukuran kezalimannya. Kalau ia kehabisan amal saleh, maka kejahatan saudaranya itu akan diambil dan diletak atasnya." (Bukhari)

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment