UmFab
Pasport Ditarik Balik. Alvin Dan Ali Terpaksa Pulang

JABATAN Imigresen Malaysia bukan sahaja membatalkan pasport antarabangsa blogger SEKS Alvin Tan sebaliknya turut menarik kembali pasport milik aktivis pembangkang yang telah melarikan diri ke Sweden, Ali Abd Jalil.
Memetik artikel disiarkan portal Rakyat Post, Jabatan Imigresen akan menghantar satu surat rasmi kepada Alvin dan Ali sebagai makluman berhubung penarikan balik pasport antarabangsa milik mereka yang akan dikeluarkan jabatan itu esok.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, perkara itu akan diwartakan menerusi akhbar-akhbar tempatan sebagai pemberitahuan umum berhubung langkah yang dilakukan.
Selain itu, satu Sijil Perakuan Cemas (EC) turut dikeluarkan kepada Alvin dan Ali melalui Pejabat Perwakilan Malaysia bagi membolehkan kedua-dua mereka pulang ke Malaysia.
“Dengan penarikan semula pasport antarabangsa berkenaan mereka berdua boleh dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara tempat mereka berada sekarang ini,” katanya.
Menurutnya lagi, kedua-dua individu ini disifatkan sebagai sudah tidak boleh ‘ditoleransi’ lagi kerana menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu.
RELATED POSTS :
Risiko banjir di TerengganuKuala Terengganu: Kawasan rendah di Terengganu berisiko dilanda banjir jika hujan lebat dan sederhana di kebanyakan tempat di seluruh neg… Read More...
Kamu Lelaki Terbaik Buat Saya, Ucapan Romantis Alyah Kepada Ramli MSRomantis juga rupanya Alyah ini. Setelah rahsia perkahwinan mereka terdedah, kini Alyah tidak lagi malu-malu untuk mengucapkan kata romant… Read More...
Terbunuh depan adikTapah: Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tapah, di sini, maut apabila motosikal ditunggangnya terbab…Read More...
Kegelisahan ibu terjawabGurun: Kegelisahan seorang ibu apabila anak lelakinya tidak pulang ke rumah dari tempat kerja seperti kebiasaan terjawab apabila mangsa m…Read More...
Anggota tentera parah kemalanganJasin: Tiga anggota tentera parah selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 187, Lebuhraya PLUS arah sela…Read More...

0 RESPONSE TO "PASPORT DITARIK BALIK. ALVIN DAN ALI TERPAKSA PULANG"