UmFab Dalam Negara
Buang bayi dalam tong sampah

Ampang: Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah di pintu A Hospital Ampang, Pandan Mewah kira-kira 6.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui seorang tukang bersih hospital sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan hospital.
Katanya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan 24 jam yang lalu dan mangsa juga sudah dipotong tali pusatnya.
"Mayat mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat dan laporan bedah siasat mendapati bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman dan luaran.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - METRO ONLINE
RELATED POSTS :
Masjid ‘Lubuk’ pencuri tabungGeorgetown: Masjid menjadi tempat beribadat, tetapi seorang lelaki menjadikannya sebagai ‘lubuk’ mencari rezeki secara apabila cuba mencu… Read More...
Kanak kanak cedera terkena tembakan guliKeningau: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mungkin buta mata kiri selepas terkena peluru guli daripada senapang angin mi… Read More...
Penjenayah minta maaf tersalah tetakPetra Jaya: “Maaf, kami tersalah orang,” kata seorang daripada empat penjenayah yang tersilap menetak seorang lelaki menggunakan parang d…Read More...
7 GAMBAR: Tasik Biru Di Johor Yang Amat Cantik Tapi ‘Terlarang’KEMUNCULAN gambar keindahan tasik berwarna biru yang terletak di Bandar Seri Alam, Masai, Johor secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai … Read More...
Piala AFF: Safee Sali Dikritik Akibat MerokokKuala Lumpur : Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand ba… Read More...

0 RESPONSE TO "BUANG BAYI DALAM TONG SAMPAH"