UmFab Hiburan
Awie Pilih untuk Bercerai dengan Rozana

Jika dilihat kepada perkembangan terkini kemelut rumahtangga Awie dan isterinya Rozana Misbun memang akan berpanjangan selepas perbincangan untuk selesaikan perkara ini diluar mahkamah tidak dilayan oleh si isteri yang mahu terus menegakkan pendirian di mahkamah.
“Saya inginkan masalah ini selesai di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya timbulkan aib bukan sahaja pada saya, bahkan kepada keluarga dan anak-anak. Saya telah beri cadangan kepada pihak Rozana untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana ia lebih baik untuk kedua-dua pihak, tetapi pihak Rozana menolaknya,” jelas Awie kepada Kosmo!.
Mengulas tentang dakwaan yang sijil pernikahan beliau bersama Rozana selama sembilan tahun yang didakwa palsu. Awie mendakwa tindakan Rozana mengangkat perkara itu kini seakan mahu mengaibkan dirinya sedangkan mereka sudah berkahwin lama.
“Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?” tambahnya lagi.
Awie turut menambah yang beliau tidak nampak masa hadapan bersama Rozana lagi selepas ini & memberikan bayangan yang mereka bakal bercerai selepas kemelut ini selesai.
“Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi,” ujar Awie.
Sumber: Rotikaya
Sumber: Rotikaya
RELATED POSTS :
Nurul Syuhada Nurul Ain Selamat Lahirkan Anak Kembar Tahniah diucapkan buat Nurul Syuhada Nurul Ain pengacara tv3 yang dikenali ramai yang kini telah selamat melahirkan bayi kembar melalui pr…Read More...
Iqram Dinzly memohon maaf kepada Zaquan Adha Dan Ayu RaudhahSemalam menerusi akaun Twitter beliau, suami kepada pelakon Ayu Raudhah meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang terjadi ketika pen… Read More...
Alif Satar selamat diijab kabulKUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Alif Satar akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diad… Read More...
Siti Nurhaliza Tayang Gambar Manja Suami Tidur Atas PehanyaNampaknya jalinan cinta antara penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato’ K memang tetap utuh seperti di awal … Read More...
( 8Gambar) Awal Ashaari & Scha al-Yahya Bawa Lara Alana Bercuti Ke Perth, AustraliaBeruntungnya menjadi anak kepada artis terkenal kan? Terbaru Awal Ashaari dan Scha al-Yahya telah terbang ke Perth, Australia bersama anak…Read More...

0 RESPONSE TO "AWIE PILIH UNTUK BERCERAI DENGAN ROZANA"