Bohsia Sebuah Karya Ciplak, Penulis Novel Saman Syamsul Yusof
Seorang penulis novel, Elias Idris dilaporkan telah mengemukakan tindakan saman terhadap Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan Skop Production atas dakwaan filem Bohsia (2009) menciplak karya tulisan beliau iaitu novel Aku Bohsia keluaran tahun 1995.
Bercakap kepada Harian Metro, pengarah filem tersebut Syamsul Yusof bersumpah yang beliau tidak menciplak karya novel penulis itu seperti didakwa selain tidak mengetahui wujudnya novel itu dan tidak menyangka perkara ini dibawa sampai ke peringkat undang undang.
“Sumpah demi Allah, demi Rasul saya tak buat seperti apa yang dituduh itu. Saya tak pernah tahu pun mengenai novel itu. Jadi tak mungkin saya nak tiru. Mungkin beberapa persamaan yang wujud dalam novel dan filem itu hanya satu kebetulan,” jelas Syamsul.
“Papa pernah memaklumkan hal mengenai ketidakpuasan hati seorang penulis novel mendakwa kami menciplak novelnya menjadi filem Bohsia (2009). Mereka pernah berbincang dan kami menafikan dakwaan itu sebab ia memang tak berlaku seperti dituduhnya”
“Tidak sangka pula perkara ini dibawa ke tengah sampaikan pihaknya failkan saman ke atas saya, papa dan syarikat. Dia nak saman itu hak dia, kami kenalah lawan dengan undang-undang”
Elias Idris mendakwa yang beliau perasan akan persamaan filem Bohsia dengan novel karyanya itu selepas menontonnya tahun lalu dan menjelaskan eberapa watak dan jalan cerita dalam novel itu ditiru dan diterbitkan dalam bentuk visual menerusi filem Bohsia tanpa kebenaran.
Penulis itu menerusi peguam Tetuan Maha & Peri memfailkan writ saman terhadap Syamsul Yusof, bapanya & Skop Production di Mahkamah Tinggi KL pada 10 November lalu.
Sumber www.rotikaya.com

RELATED POSTS :
Kes Pukul Bini: Awie Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah & Anggap Ia Dugaan Ramadan“SAYA hadapi perkara ini dengan tabah, ini dugaan Ramadan,” kata Awie kepada pemberita selepas mengaku tidak bersalah menyebabkan kecedera… Read More...
Tangisan Buat Ummi Sharifah Aini - Dr Azizan Pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini awal pagi tadi merupakan satu kejutan besar buat negara. Selain berbakat besar dalam dunia…Read More...
Emma Maembong Dedah Sikap Sebenar Zizan Raja LawakHubungan cinta di antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang baru berputik kini sudah bergolak? Isu ini timbul setelah Emma berkongsi satu … Read More...
Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia Astro Awani – Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang … Read More...
Awie Dipanggil Pihak Polis Kes Pukul IsteriPenyanyi dari kumpulan Wings dan pelakon yang popular dengan filem Sembilu, Awie akui telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasata…Read More...

0 RESPONSE TO "BOHSIA SEBUAH KARYA CIPLAK, PENULIS NOVEL SAMAN SYAMSUL YUSOF"